Terkini : Cara Untuk Tuntut Bantuan Mysalam Sebanyak RM700 Untuk Penerima STR -Semak sekarang!

Jika anda merupakan penerima STR tahun ini, anda secara automatik layak untuk mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM700 untuk tempoh setahun.

MySalam adalah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menawarkan perlindungan takaful kepada golongan berpendapatan rendah melalui Dana Amanah MySalam.

Skim ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah dalam menjalani kehidupan yang normal ketika menghadapi cabaran kewangan akibat penyakit.

(MANFAAT MYSALAM)

Pemohon yang layak akan menerima pelbagai faedah daripada MySalam, termasuk:
  • Pembayaran sebanyak RM8,000 yang akan diagihkan dalam tempoh yang akan diumumkan
  • Bayaran harian sebanyak RM50 untuk tempoh 14 hari setahun, atau RM700 setahun.
 Info : Khabar baik untuk semua rakyat Malaysia, kerana mulai tahun 2022, Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada penerima BKM yang layak.

(SYARAT KELAYAKAN)

Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan berikut:

  •  Anda dan pasangan perlu berumur antara 18 hingga 65 tahun.
  • Anda perlu berumur antara 40 hingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM24,000.
  •  Individu OKU berumur 18 hingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM24,000.

(CARA TUNTUT RM700)

Untuk mengklaim bantuan MySalam RM700 ini sangat mudah. Berikut adalah caranya:

Penerima BPR/BKM/STR akan secara automatik layak menerima bantuan ini, dan maklumat anda akan dimasukkan terus ke dalam sistem MySalam.

Anda boleh melakukan semakan status melalui pautan rasmi Mysalam di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=main

Penerima yang layak akan menerima notifikasi melalui SMS. Jika anda tidak menerima sebarang SMS, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di info@mysalam.com.my atau telefon di 1-300-888-938.

(SENARAI PENYAKIT YANG LAYAK UNTUK TUNTUT RM700)

Berikut adalah senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda menuntut bantuan MySalam:

Untuk senarai lengkap, sila klik di sini :https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=ci

Semoga berjaya dalam permohonan anda.


Comments