Terkini : Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan - semak sekarang!

Jumlah Pembayaran STR Fasa 3 Yang Akan Dikreditkan

Kini, hanya tinggal dua fasa pembayaran lagi untuk bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024. Seperti yang telah diketahui, dua fasa pembayaran sebelumnya telah diselesaikan pada Januari dan April lalu, dengan 8.4 juta penerima telah menerima manfaat daripada bantuan ini.

Namun, bagaimana pula dengan pembayaran STR fasa ketiga? Sehingga kini, tarikh pelaksanaannya masih belum diketahui. Berdasarkan jadual asal, pembayaran dijadualkan pada bulan Ogos, tetapi hingga kini, bantuan tersebut masih belum dikreditkan. sila ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui makluman lebih lanjut.
 
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024).

Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi tekanan kos sara hidup dengan memberikan bantuan kewangan yang dapat mengurangkan beban mereka.

(JUMLAH BAYARAN STR FASA 3)

Sehingga kini, tiada maklumat rasmi mengenai jumlah bayaran yang akan diterima untuk fasa ketiga ini.

Namun, jika kita lihat jumlah bayaran pada tahun lalu, penerima kategori B40 telah menerima:

  •  RM600 untuk 3 - 4 anak
  • RM800 bagi mereka yang mempunyai 5 orang anak atau lebih

(JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK PENERIMA)

Apabila tarikh rasmi bayaran STR Fasa 3 diumumkan nanti, biasanya penerima yang menggunakan bank BSN akan menerima bayaran sehari lebih awal daripada tarikh rasmi. Selepas itu, barulah bayaran akan disalurkan kepada pemegang kad bank-bank lain seperti Bank Islam, Maybank, Public Bank, RHB Bank, dan sebagainya.

(SEMAKAN STATUS)

Jika anda ingin menyemak status kelayakan dan mengemaskini permohonan baru STR Fasa 3 di tahun 2024, anda boleh melakukannya mulai 1 November. Untuk membuat semakan, sila kunjungi portal rasmi MySTR.

Cara-cara untuk menyemak adalah seperti berikut:

  1. Kunjungi laman web rasmi MYSTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor MyKad pemohon
  3. Sahkan kata kunci keselamatan
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik pada butang Semakan

Maklumat yang akan dipaparkan termasuk:

  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran (jika ada)

TARIKH JANGKAAN BAYARAN STR FASA 3

Melihat kepada pelaksanaan STR Fasa 3 pada tahun 2023, bayaran tersebut telah disalurkan pada penghujung bulan Jun. Namun, untuk tahun ini, fasa ketiga masih belum dilaksanakan dan tiada kenyataan rasmi daripada pihak Kerajaan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan jangkaan kami, bayaran tersebut dijangka akan mula disalurkan pada bulan Ogos, iaitu pada penghujung bulan nanti. Ini kerana, kebiasaannya bayaran dilakukan pada penghujung setiap bulan.

(SYARAT KELAYAKAN)

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk penerima STR:

  1. Isi Rumah

    • Berkahwin, atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda dengan anak yang memenuhi syarat;
    • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 atau kurang.
  2. Warga Emas Tanpa Pasangan

    • Bujang, atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda tanpa anak yang memenuhi syarat;
    • Berumur 60 tahun ke atas;
    • Pendapatan warga emas tanpa pasangan adalah RM5,000 atau kurang.
  3. Bujang

    • Bujang, atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda tanpa anak yang memenuhi syarat;
    • Berumur 21-59 tahun, atau bujang OKU berumur 19-59 tahun;
    • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa*;
    • Pendapatan bujang adalah RM2,500 atau kurang.

Comments